Friday, August 24, 2012

Biskut Strawberi ( Resepi dr SAJI Ogos 2012)


Bahan-bahannya..

200g mentega
100g gula aising
1 biji kuning telur
100g tepung jagung (diayak)
30g tepung kastard (diayak)
210g tepung rose -saya guna tepung gandum biasa je (diayak)
20g susu tepung
1 tbsp strawberi paste
1 tbsp pewarna merah
250g coklat masakan putih (saya guna coklat)
kelapa kering (tak guna pun..)


Cara-Caranya..

  1. Putarkan mentega, gula aising & telur kuning hingga sebati
  2. Tambah strawberi paste & pewarna merah
  3. Campurkan kesemua tepung yang telah diayak. Masukkan sedikit2 ke dalam adunan. Uli hingga sebati.
  4. Tekapkan biskut dengan acuan yang disukai (saya guna pencetak semperit tu jea..). Bakar selama 20 minit suhu 180C
  5. Bila biskut sejuk, hiaskan dengan coklat masakan yang telah dicairkan dan taburkan kelapa kering.

P/S : Mana datangnya warna kuning kat biskut saya tu... sebenarnya dalam cetak semperit tu ada lagi sikit adunan biskut semperit warna kuning. Disebabkan terlalu sikit nak dimasak satu loyang, saya pun roll kan sekali dengan doh biskut strawberi ni. Dan.. terhasil la...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...