Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts
Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts

Friday, August 24, 2012

Biskut Strawberi ( Resepi dr SAJI Ogos 2012)


Bahan-bahannya..

200g mentega
100g gula aising
1 biji kuning telur
100g tepung jagung (diayak)
30g tepung kastard (diayak)
210g tepung rose -saya guna tepung gandum biasa je (diayak)
20g susu tepung
1 tbsp strawberi paste
1 tbsp pewarna merah
250g coklat masakan putih (saya guna coklat)
kelapa kering (tak guna pun..)


Cara-Caranya..

  1. Putarkan mentega, gula aising & telur kuning hingga sebati
  2. Tambah strawberi paste & pewarna merah
  3. Campurkan kesemua tepung yang telah diayak. Masukkan sedikit2 ke dalam adunan. Uli hingga sebati.
  4. Tekapkan biskut dengan acuan yang disukai (saya guna pencetak semperit tu jea..). Bakar selama 20 minit suhu 180C
  5. Bila biskut sejuk, hiaskan dengan coklat masakan yang telah dicairkan dan taburkan kelapa kering.

P/S : Mana datangnya warna kuning kat biskut saya tu... sebenarnya dalam cetak semperit tu ada lagi sikit adunan biskut semperit warna kuning. Disebabkan terlalu sikit nak dimasak satu loyang, saya pun roll kan sekali dengan doh biskut strawberi ni. Dan.. terhasil la...

Wednesday, August 15, 2012

Tat Bunga Nyonya


Resepi tat bunga (resepi kakzu semanis gula)...utk rujukan nanti...



Bahan-bahan

300 g tepung gandum
200g butter
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula icing
2 biji kuning telur ( saya guna 3 biji la..)
Jam nenas secukupnya(lebih kurang 300g yg ready made nya)

Cara-cara

1. Campurkan semua tepung dan gula icing. Ayak kan
2. Masukkan butter yg dah dipotong2. Ramaskan hingga tepung berderai gunakan jari sahaja..Elak butter cepat cair kut..
3. Masukkan telur dan uli adunan hingga jadi doh
4. Bulatkan doh kecil-kecil tekan & terap guna acuan bunga. Tekan tgh2 bunga bagi lekuk skit utk letak jam. Masukkan dalam Paper cup.
5. Bulat2 kan jam nenas & letakkan dalam Di tgh2 tat tu.
6. Blh la bakar hingga 30 mins atau hingga tat masak.( terlama masak nanti keras!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...