Semalam ade last minit order...last minit pun last minit la... rezeki jgn di tolak kan.. so bersengkang mata sepanjang mlm tadi...alhamdullillah.. sempat siap.. :) . Chocolate Moist kek 1kg & 2 kg untuk Ustaz..Pastuh cik adik manis nak cupcakes utk sekolah gak... Meh kita tengok hasilnya..
Wednesday, August 29, 2012
Saturday, August 25, 2012
Apam Mekar
Tadi tetiba hubby kata member2 nak dtg berdiscusi kat rumah..em mcm mana nie apa nak di jamu .. kat luar da gelap tu.. ha! buat apam la..resepi yg buat dulu kena guna ice cream soda ( tak de stok kat rumah ni..) .. cari2 jumpa gak resepi yg guna fresh milk jea kat Myresipi.com.. thanks Rossitamz.. sedap, mekar & gebu! siap je terus hidang atas meja tak sempat nak posing2 da..Kita tgk resepinya yea..
Bahan-Bahannya.
250g gula (saya guna 220g gula icing)
2 biji telur
1 tsp esen vanilla
200ml susu segar
300g tepung gandum
1 tsp ovallete
Pewarna (saya guna orange, lemon & strawberry paste je)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya
Cara-caranya.
- Panaskan pengukus, sebaiknya bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti (saya tutup dengan aluminium foil)
- Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu (saya pukul max speed dlm 5-10 mins sampai jadi putih)
- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi
- Masukkan Ovallete dan pukul lagi
- Masukkan tepung berselang-seli dengan susu sambil dipukul sehingga gebu
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 2 warna then bahagikan kpd 3 bahagian)
- Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata
- Masukkan setiap bahagian warna ke dalam piping bag yang berasingan (atau plastic bersih dan potong sedikit bucunya)
- Kukus selama 10 - 15 mins mengikut size acuannya.
Friday, August 24, 2012
Biskut Strawberi ( Resepi dr SAJI Ogos 2012)
Bahan-bahannya..
200g mentega
100g gula aising
1 biji kuning telur
100g tepung jagung (diayak)
30g tepung kastard (diayak)
210g tepung rose -saya guna tepung gandum biasa je (diayak)
20g susu tepung
1 tbsp strawberi paste
1 tbsp pewarna merah
250g coklat masakan putih (saya guna coklat)
kelapa kering (tak guna pun..)
Cara-Caranya..
- Putarkan mentega, gula aising & telur kuning hingga sebati
- Tambah strawberi paste & pewarna merah
- Campurkan kesemua tepung yang telah diayak. Masukkan sedikit2 ke dalam adunan. Uli hingga sebati.
- Tekapkan biskut dengan acuan yang disukai (saya guna pencetak semperit tu jea..). Bakar selama 20 minit suhu 180C
- Bila biskut sejuk, hiaskan dengan coklat masakan yang telah dicairkan dan taburkan kelapa kering.
P/S : Mana datangnya warna kuning kat biskut saya tu... sebenarnya dalam cetak semperit tu ada lagi sikit adunan biskut semperit warna kuning. Disebabkan terlalu sikit nak dimasak satu loyang, saya pun roll kan sekali dengan doh biskut strawberi ni. Dan.. terhasil la...
Kek Buah Kukus yang amat moist & sedap...
Kemunculan kek buah akhirnya... gambar masa masih hot keluar dari pengukus...kek ni bersize 9in x 9in...
Simple Red Velvet Cake utk family
Red Velvet cake bersaiz 12 inci berat lebih kurang dalam 3.7kg..
Nie hot cake kali ni.. balik raya ke-3, dah tinggal sepinggan kecil jea...
Topping sepatutnya cream cheese tapi disebabkan kehabisan stok cream cheese, maka hanya layer & rosette shj bubuh cream cheese..kek cover dgn UHT whipping cream.. asal boleh jea dia ni...
Cubaan ke-2 Kek Pelangi...
Ingatkan nak buat Red Velvet satu lagi.. last minit terasa nak try Kek Pelangi sekali lagi la...So ni la hasilnya..
Topping dan layers guna UHT Whipping cream, kiwi filling kat tengah2, color rice and Machino Cherries...keknya pulak letak lemon paste shj..
PERHATIAN : Kalau nak travel 3-4 jam.. jgn la guna topping freshcream!! Kek ku cair...
toink! toink! toink! :(
Chocolate Moist Cake 12 inci.. utk family...
Masa nak buat kek ni, pi cari kotak kek kat Bakery Supplier kat Segambut ni jea..tapi kotak yg ada cuma size 14 inci, papan alas kek lak 12 inci jea.. sabar jea.. last2 terpaksa la guna plastic case ni..da tak sempat nak ke Bake with Yen da ni...
So, toppingnya seperti biasa Chocolate Ganache, chocolate/ color rice & sedikit whipping cream untuk deco yang simple sebab nanti kek2 nie diaorang nak potong kecil2...
Wednesday, August 15, 2012
Tat Bunga Nyonya
Resepi tat bunga (resepi kakzu semanis gula)...utk rujukan nanti...
Bahan-bahan
300 g tepung gandum
200g butter
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula icing
2 biji kuning telur ( saya guna 3 biji la..)
Jam nenas secukupnya(lebih kurang 300g yg ready made nya)
Cara-cara
1. Campurkan semua tepung dan gula icing. Ayak kan
2. Masukkan butter yg dah dipotong2. Ramaskan hingga tepung berderai gunakan jari sahaja..Elak butter cepat cair kut..
3. Masukkan telur dan uli adunan hingga jadi doh
4. Bulatkan doh kecil-kecil tekan & terap guna acuan bunga. Tekan tgh2 bunga bagi lekuk skit utk letak jam. Masukkan dalam Paper cup.
5. Bulat2 kan jam nenas & letakkan dalam Di tgh2 tat tu.
6. Blh la bakar hingga 30 mins atau hingga tat masak.( terlama masak nanti keras!)
Tuesday, August 7, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)